Nadhirah Ghani
Nadhirah Ghani

Nadhirah Ghani

Nadhirah Ghani atau nama penuhnya Siti Nadhirah Abdul Ghani merupakan pengarang di Malaysia. Beliau menulis secara aktif dalam genre novel dan cerpen. Beliau juga menghasilkan puisi secara eceran. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 4 Mei 1993, dan mendapat ijazah sarjana muda Pengajian Melayu (Linguistik Melayu) daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.Selain latihan secara formal dalam bidang linguistik dan sastera daripada Universiti Malaya, Nadhirah juga mendapat latihan kepengarangan melalui Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2018.Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023, Nadhirah menerbitkan tiga buku serentak dan mendapat sambutan menggalakkan daripada khalayak sastera. [1]Selain menulis sepenuh masa, Nadhirah juga berkhidmat sebagai editor sambilan.